Siti Rohani Wahid

Siti Rohani Wahid (2 Jun 1957-11 Julai 2010) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga merupakan isteri kepada pengarah, M. Jamil telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya. Menantu pelakon wanita veteran popular, Datuk Sarimah Ahmad ini meninggal dunia akibat kanser payu dara.Allahyarhamah membintangi beberapa buah filem, Sepi Itu Indah, Jauh Di Sudut Hati, Bujang Selamat, Gila-Gila Remaja, dan Momok The Movie.[1]

Siti Rohani Wahid

Pekerjaan Pelakon
Meninggal dunia 11 Julai 2010 (umur 53)
Kelahiran 2 Jun 1957